Menanam
ganja satu kesalahan mengikut undang-undang. Namun, mungkin pada masa hadapan,
ganja dijadikan satu tanaman yang mendatangkan keuntungan besar kepada ekonomi
negara.
Tanaman
'hemp' (Cannabis sativa), iaitu spesies ganja sebagai produk pertanian yang
berpotensi dibangunkan untuk ekonomi, pada masa hadapan.
Sudah
ada negara maju yang membenarkan penggunakan hemp untuk dikomersialkan.
Biarpun tanaman itu masih diharamkan, namun sudah ada usaha mengkaji atau
penyelidikan mengenai tanaman hemp. Terbaharu, sebuah universiti awam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat swasta bagi
mengkaji pokok itu.
MoU
tersebut membolehkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan di universiti
berkenaan.
Penyelidikan
yang dijalankan berkaitan prosedur dan aplikasi penanaman hemp serta memberi
tumpuan kepada bahan-bahan berfungsi untuk pertanian, terutamanya secara
organik bagi meningkatkan produk pertanian negara.
Sebenarnya,
telah terdapat beberapa syarikat yang bekerjasama dengan kerajaan Malaysia
untuk mendapatkan kebenaran menanam, memelihara dan mengurus pengeluaran
tanaman hemp serta mengeluarkan produk berasaskan tanaman hemp yang inovatif
untuk penggunaan fiber komposit, biodiesel, perubatan, terapi dan pemeliharaan
kesihatan.
No comments:
Post a Comment