Perkatan
‘susuk’ adalah dalam dialek Kelantan bermaksud sembunyi. Perkataan itu disebut ‘nusuk’
sebagai kata kerja yang bermaksud bersembunyi. Nusuk juga bermaksud tersembunyi.
Perkataan
nusuk dalam Bahasa Melayu yang diambil daripada perkataan Arab bermaksud sesuatu
kerja atau perkara yang dilakukan kerana Allah.
Tular
di media maya tentang lokasi dikenali Pantai Nusuk yang terletak di
Kampung Tanjung Kuala, Sabak. Dinamakan Pantai Nusuk kerana sebelum ini ia agak tersembunyi daripada dikunjungi orang sebelum ia dimajukan sebagai kawasan peranginan.
Nama
Pantai Nusuk sebenar satu jenama baharu. Asal nama lokasi tempat yang dikenali
Pantai Nusuk ialah Pulau Bernai dan pernah juga dikenali Padang Jepun.
Sebab
itu, di kalangan penduduk Sabak sendiri tidak mengenali jika ditanya arah
hendak pergi ke Pantai Nusuk. Mereka lebih mengenali tempat itu sebagai Pulau Bernai
atau Padang Jepun.
Jadi,
penduduk Sabak mengenali dan tahu tentang kewujudan Pantai Nusuk adalah melalui
media maya apabila ia tular. Dengan kata lain, orang luar lebih awal mengetahui
kewujudan nama Pantai Nusuk berbanding penduduk Sabak sendiri.
Penjenamaan
semula nama Pulau Bernai kepada Pantai Nusuk sebenar hanya ‘sah’ untuk
pengenalan kepada lokasi tersebut. Sedangkan apa-apa yang berkaitan dengan
pentabiran ia masih menggunakan nama Pulau Bernai ataupun Tanjung Kuala.
Kes
penjenamaan semula nama Pantai Nusuk hampir sama dengan penamaan Pulau Nami
yang adalnya bernama Pantai Senok. Pantai Nusuk dan Pulau Nami hanya dipisahkan
oleh muara Sungai Pengkalan Datu.
No comments:
Post a Comment