Saturday 31 July 2021

CARA TANAM PISANG TANDUK

Pisang tanduk (Musa spp. cv Tanduk) merupakan sejenis pisang dari keluarga Musaceae. Pisang tanduk semakin banyak ditanam di negara  kita.

Ukuran buah pisang tanduk lebih besar berbanding pisang jenis lain. Ada buah pisang yang berukuran sehingga lebih 40 cm sebiji.

Sebab itu satu sikat pisang tanduk hanya ada sekitar lima hingga lapan biji sahaja. Bilangan sikat untuk setandan pula hanya dua atau tiga sikat sahaja. Bahkan ada satu tandan yang hanya ada satu sikat sahaja.

Penanaman pisang tanduk menggunakan anak benih sulur. Selain itu boleh juga menggunakan anak benih tisu kultur yang berkualiti.

Tanah yang subur dengan panas serta lembab dan mempunyai saliran yang baik perlu dipilih dan pastikan bebas dari patogen merbahaya seperti bakteria moko (Ralstonia spp) dan sebagainya.

Pokok pisang tanduk akan lambat membesar dan lambat mengeluarkan hasil jika kawasan tanaman terdapat naungan.

Pokok pisang tanduk memerlukan banyak air untuk membesar dengan baik. Jadi, elok disiram setiap hari pada musim panas.

Pisang tanduk akan mengeluarkan jantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian.

Permintaan terhadap pisang tanduk meningkat ketika musim perayaan untuk diproses menjadi kerepek.

Pisang tanduk juga sedap untuk digoreng, dijadikan bahan membuat kek pisang dan jemput-jemput.

No comments:

Post a Comment