Saturday 24 July 2021

CARA TANAM KANTAN GUNA BIJI

 
Baunya yang harum dan semerbak menjadi penyedap dan penambah rasa bagi setiap masakan tidak kira apa jua juadah, antaranya asam pedas dan nasi kerabu.

Pokok bunga kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior tergolong dalam tumbuhan herba yang boleh hidup sepanjang musim dan membiak melalui rhizome atau umbisi.

Melalui kaedah rhizome, jumlah anak benih daripada pokok kantan agak sukar diperoleh dalam kuantiti yang banyak pada satu tempoh masa tertentu. Jadi, pertumbuhan pokok ini tidak seragam dan peratusan untuk hidup melalui kaedah ini agak rendah.

Sejajar dengan permintaan terhadap bunga kantan yang semakin meningkat saban hari, satu kaedah inovasi pembiakan tanaman pokok bunga kantan telah diperkenalkan melalui semaian biji benih. 

Kaedah inovasi ini berjaya mengatasi masalah untuk mendapatkan anak benih pokok yang seragam dalam skala yang besar serta pada masa yang sama dapat menampung permintaan anak benih dalam kuantiti yang banyak.

Biji benih diperoleh dari buah yang telah matang dan kering. Bijinya kecil dan banyak untuk setiap biji buah.

Jadi, tidak sukar untuk mendapatkan banyak biji benih kantan. Sekarang ini ia mudah diperoleh melalui jualan secara dalam talian. Taip sahaja ‘biji kantan’ dan cari.

Biji benih yang ingin disemai perlu direndam duhulu sebelum semai. Apabila anak telah naik setinggi 5 hingga 7 inci, pindahkan ke dalam polibag. Setelah anak membesar melebihi dua kaki, boleh pindahkan ke tempat kekal.

Pokok kantan yang ditanam menggunakan biji lambat mengeluarkan bunga berbanding menggunakan umbisi.

No comments:

Post a Comment