Wednesday 21 July 2021

EJAAN BETUL 'AIDILFITRI'

Di media maya banyak kita melihat masing-masing membuat kad ucapan maya sempena sambutan Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Apakah ejaan betul untuk kedua-dua sambutan hari raya umat Islam tersebut? Adakah Aidilfitri atau Eidul Fitri atau Idul Fitri?

Mengikut ejaan Dewan Bahasa, ejaan sebenar ialah Aidilfitri untuk Hari Raya Puasa dan Aidiladha untuk Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

Jadi, ejaan 'Eidul Fitri', 'Idul Fitri', Eidul Adha' dan 'Idul Fitri' adalah salah. 

Gunakan ejaan yang betul, kerana ia lambang keutuhan bahasa kita.  

Gambar tebang pokok kelapa hendak ambil umbut untuk digulai bersama daging korban. Sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment