Sunday, 15 November 2026

SERAH TERIMA TUGAS ASISTEN KETUA STAF J7

 
Serah terima tugas Assisten Ketua Staf J7.

Kuantan, 20 Februari 2023 – Serah terima tugas Asisten Ketua Staf J7 di antara Leftenan Kolonel Fazilah binti Hj Mohd Ali dengan Leftenan Kolonel Salawati binti Yahaya telah diadakan di Auditorium Mat Kilau, Markas Angkatan Bersama pada hari ini.

Acara tersebut telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM.

Turut hadir acara tersebut ialah Pemangku Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Asisten-Asisten Ketua Staf, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan anggota Bahagian J7 Markas Angkatan Bersama.

Seluruh warga MK AB mengucapkan jutaan terima kasih atasa jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Mantan AKS J7 sepanjang bertugas di markas ini.

Kepada AKS J7 yang baru, diucapkan selamat bertugas dan meneruskan kecemerlangan yang telah dibina.

Berita di atas adalah sejarah. Kedua-dua pegawai tersebut adalah Ambilan Pegawai Graduan Siri 11/93 yang bermula 24 September 1993 hingga 30 April 1994.

Kini kedua-duanya kini telah tamat perkhidmatan dalam tentera. Fazilah bersara dengan pangkat kolonel dan Salawati pangkat leftenan kolonel.

Mereka telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bersara.

Tahniah kepada kedua-duanya. Selamat meneruskan kehidupan di alam persaraan.

No comments:

Post a Comment