Pokok menjadi identiti sejarah dikekalkan.
Di kawasan bersejarah, bukan bangunan atau tanda kekal
bersifat bukan hidup sahaja yang menjadi identiti atau bahan sejaran. Pokok
juga dijaga dan "dihidupkan" sebagai bahan sejarah.
Hakikat ini dapat dilihat di Taman Tasik Taiping. Pokok yang
ditanam setahun selepas taman itu dibuka pada tahun 1883, masih lagi dijaga dan
kekal berada di situ.
Taman Tasik Taiping adalah taman awam tertua di Malaysia. Ia dibina di kawasan bekas lombong biji timah.
Keluasan asal taman ini ketika mula-mula dibina oleh Inggeris adalah 61.93 hektar. Kemudian kawasan ini telah diperbesarkan
sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping.
Menariknya ada pokok yang sudah tumbang menyembah bumi masih
lagi dipertahankan untuk dilangsungan terus hidup dan berada di situ dengan
cara dibuat tongkat atau penyokong agar terus bertahan.
Ada pokok telah tumbang yang batang utamanya berada di atas
tanah masih lagi "diselamatkan" untuk kekal hidup.
Inilah satu daripada ciri-ciri unik yang terdapat di Taman
Tasik Taiping mengapa ia menjadi tumpuan ramai.
Kata seorang pengunjung, "mana nak temui pokok besar
yang telah tumbang tetapi disokong agar terus hidup melainkan di sini".
No comments:
Post a Comment