Pokok
sentul (Sandoricum koetjape) atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok
buah-buahan nadir di Malaysia. Nama lain mengikut dialek tempatan ialah stol,
setor dan setoi.
Pokok
ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi
mengenalinya. Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak makan buah sentul.
Sentul
atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae
seperti pokok rambai, langsat dan sentang. Pokok yang sederhana besar ini boleh
mencapai ketinggian sehingga 30 m dengan diameter batangnya sehingga 90 cm.
Pokok
sentul tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai taburan hujan yang sekata.
Memandangkan pokok ini tahan cuaca, ia boleh tumbuh di kawasan bermusim panas
yang panjang.
Sebenarnya,
buah sentul enak dimakan. Buahnya berbentuk bebola dan berwarna kuning keemasan setelah matang. Kulit buahnya tebal dengan bahagian luar yang lembut dan nipis.
Isi
buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih seakan-akan isi buah
manggis. Rasanya masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya.
Bagi
peminat sentul yang sudah biasa makan, mereka akan menelan isi bersama biji. Namun,
kepada yang tidak biasa, dinasihatkan tidak menelan bersama biji.
Selain
dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. Kulit buahnya juga boleh
dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Untuk makan
bersama kulit, bahagian luar dikupas nipis.
Kepada
mereka yang kreatif memproses buah sentul untuk dijadikan jem sentul, jeli,
acar, halwa manisan atau ada yang suka buat jeruk sentul. Jenis variety sentul
yang berbeza-beza dari segi ketebalan kulit, tebal isi dan rasanya juga
menentukan cara untuk memakannya.
Pokok
sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi
vitamin B, C, kalium dan fosforus. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat
cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut.
Akar
dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun
pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat
gatal-gatal kulit.
Air
rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas. Kulit
batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap.
Penanaman
pokok sentul boleh dilakukan dengan biji benih atau pun cara tut atau keratan.
Paling mudah dibuat adalah dengan mengambil biji buah sentul yang elak dan
disemai dalam polibeg atau nurseri.
Biji
setul akan bercambah dalam masa 18 – 22 hari dan sedia untuk ditanam. Pokok
sentul cepat tumbuh dikawasan tanah subur dan akan berbuah dalam masa 5-7 tahun
selepas ditanam.
Pokok
sentul menggunakan anak benih tut atau keratan berbuah lebih cepat iaitu dalam
masa 3-4 tahun. Pokok sentul tahan lasak dan akan subur dalam keadaan kemarau
atau musim lembab.
No comments:
Post a Comment