Peraturan
petak kuning yang perlu dipatuhi ialah:
-
Jangan memasuki petak kuning sebelum memastikan laluan keluar adalah lancar.
-
Jangan berhenti dalam petak kuning di
belakang kenderaan yang tidak bergerak.
-
Jangan berhenti dengan sebahgian kenderaan anda berada di dalam petak kuning.
Perbuatan
memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning adalah antara punca berlakunya
kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar.
Kesalahan
berhenti di petak kuning boleh dikenakan denda maksimum RM500 di bawah Seksyen
79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang
awam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta menjadi
pengguna jalan raya yang berbudi bahasa dan berhemah.
No comments:
Post a Comment