Ibu bapa
perlu lebih memberi lebih penekanan dalam soal pendidikan agama dan akhlak
anak-anak. Proses pendidikan anak-anak
tidak menjadi tanggungjawab guru semata-mata, tetapi lebih penting dimainkan
oleh ibu bapa.
Ibu
bapa tidak seharusnya menyerah urusan mendidik anak kepada pendidik semata-mata. Pendidikan asas anak bermula dari rumah, yang
mana ibu bapa menjadi guru yang pertama kepada anak masing-masing.
Justeru,
pendidikan agama dan akhlak perlu diajar seawal usia kanak-kanak sebagai teras
kesempurnaan hidup yang membawa kepada kejayaan di alam pendidikan di sekolah,
pendidikan tinggi nanti dan seterusnya alam dewasa nanti.
Anak
yang mempunyai didikan agama dan akhlak tidak akan menghadapi masalah dalam
cabaran hidup mendatang.
Anak-anak
yang mempunyai didikan agama dan akhlak biasanya cemerlang dalam pendidikan dan
mencapai kejayaan hidup.
Selain
didikan dan bimbingan yang diberikan ibu bapa, kanak-kanak sekarang turut
mendapat didikan agama sejak tadika dan seterusnya di sekolah rendah serta
menengah.
Biarpun
di sekolah ada diajarkan matapelajaran pendidikan Islam, adalah lebih baik
dimulakan di rumah lagi. Lagi awal lebih
mudah untuk anak-anak memahami Islam secara asas sebelum dilanjutkan di
peringkat kefahaman lebih tinggi apabila memasuki alam persekolahan.
Biarpun
ada kelas agama di sekolah, perhatian dan bimbingan tetap perlu diberi
perhatian di rumah kerana amalan agama banyak diamalkan di rumah.
Apa
yang diajar oleh guru mesti dipraktikkan di rumah. Contohya sembahyang yang dikerjakan lima kali
sehari. Ibu bapa perlu memantau atau
memastikan anak-anak bersembanyang.
Masa
guru bersama pelajar agak terhad, sedangkan masa anak bersama ibu bapa atau
keluarga lebih lama. Jadi, peranan
mendidik anak berkaitan akhlak dan amalan agama perlu lebih banyak dilakukan
oleh ibu bapa.
No comments:
Post a Comment