Kekurangan baja di Korea Utara menyebabkan
pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan rakyatnya untuk
mengumpulkan najis mereka sendiri untuk dijadikan baja semula jadi.
Rakyat negara komunis itu diminta
menyerahkan sebanyak 9.97 kilogram najis masing-masing dalam usaha pemerintah
untuk mencari alternatif lain selepas negara mengalami kekurangan baja
pertanian.
Pada kebiasaannya, najis penduduk Korea
Utara akan ‘dikutip’ pada musim sejuk bagi tujuan tersebut.
Susulan arahan tersebut, penduduk mengadu
bahawa mereka terpaksa mengeringkan najis masing-masing di bawah cahaya
matahari pada musim panas.
Sebenarnya, orang Korea Utara sudah biasa
menderma sisa manusia untuk tujuan pertanian, tetapi kebiasaannya ini dilakukan
pada musim sejuk menjelang musim penanaman
Dalam pada itu, sering juga berlaku kes
orang mencuri tahi antara satu sama lain untuk mengisi kuota najis mereka untuk
diserahkan kepada pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment