Friday 3 June 2022

PCAK TEMUI ASNAF ADA DI MANA-MANA

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) temui asnaf ada di mana-mana. Bilangan individu atau keluarga yang tergolonga asnaf memang banyak. Ada di mana-mana dan masalah yang dihadapi macam-macam.

Biarpun di mana mereka berada, PCAK akan berusaha untuk membantu. Menjejaki asnaf menjadi matlamat PCAK.

Kali ini di Pantai Geting, Tumpat. Sebulan yang lalu, PCAK pernah menghulurkan sedikit sumbangan. Untuk kali kedua, PCAK mengunjungi keluarga ini.

Tidak perlu diurai kisah duka keluarga ini. Memadai jika dikatakan sesiapa yang mendengarnya akan masuk habuk di mata. PCAK membantu sekadar termampu.

Kisah keluarga ini kemudian tular di media yang membawa kepada ada NGO lain ingin membantu dalam kapasiti lebih besar.

Syukur, biarpun PCAK hanya dapat membantu sedikit sahaja, sesuai dengan kedudukan kewangan yang agak terbatas, ada NGO lain ingin membantu.

Rezeki tidak salah alamat. PCAK datang tepat ketika bantuan diperlukan. Dan NGO lain pula datang untuk turut membantu.

Semoga nasib keluarga ini lebih terbela dan mendapat sumbangan yang selayaknya daripada Keluarga Malaysia yang prihatin.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment