Podcast adalah sebuah digital audio
yang dihasilkan dalam bentuk rakaman. Apabila kita mengaksesnya, kita akan
dengar ada orang yang bercakap dan memperkatakan tentang sesuatu. Ia boleh jadi
dalam bentuk siri perbincangan, ulasan, muzik, berita bahkan dokumentari. Podcast diperkenalkan semenjak Febuari 2004. Sehingga kini, kadar penggunaannya semakin meningkat di Malaysia. Di Indonesia ia dipanggil siniar.
Podcasting ialah proses mencipta dan
mengehos kandungan audio yang boleh diedarkan dan diakses melalui internet.
Dengan banyak podcast format yang tersedia, termasuk rancangan bual bicara,
temu bual, bercerita dan banyak lagi, terdapat banyak peluang untuk mencipta
penglibatan dan format kandungan.
Cara mengaksesnya senang, anda hanya
perlu buka mana-mana aplikasi podcast di telefon bimbit misalnya di
spotify, kemudian cari tajuk podcast yang diingini. Selepas itu,
pilih tajuk yang tertentu dan terus boleh dengar.
Fungsinya macam radio juga, iaitu sama-sama
memperdengarkan suara dan bunyi. Tetapi antara yang menjadi perbezaannya adalah
daripada segi isi kandungan audio. Hal ini
kerana, kandungan podcast dilihat lebih ringkas dan padat jika
hendak dibandingkan dengan radio kerana setiap episodnya telah dirakam dan
disunting lebih awal.
Jadi segala apa yang kita dengar itu adalah
hanya berkisarkan tajuk yang tertera sahaja, sudah tidak menyimpang ke perihal
lain.
Di
samping itu, menggunakan podcast sememangnya
lebih praktikal berbanding radio kerana semua topik yang kita nak dengar,
kemungkinan besarnya ada. Sebab setiap siri yang
ditebitkan sudah disusun rapi dan diklasifikasikan mengikut kategori. Contohnya,
kalau anda ingin mendengar sesuatu tajuk, tulis sahaja tajuk berkenaan.
Berbeza dengan radio, topik yang dibualkan
sentiasa bersilih ganti mengikut segmen. Menjadikan kita tiada pilihan selain
mendengarkan sahaja apa yang mereka sediakan pada waktu-waktu tersebut. Tegasnya,
daripada segi kandungan, podcast lebih signifikan dalam memenuhi keinginan
pendengar.
Di samping itu, podcast bersifat
lebih fleksibel. Anda boleh dengar podcast pada bila-bila masa sahaja
dan di mana-mana jua.
Sekiranya anda terlepas apa yang
diperkatakan oleh penyampai, jangan risau kerana anda boleh laraskan masa-masa
yang anda mahukan pada siaran audio itu. Audio itu akan mengulang
pada bahagian tersebut.
Seperti yang kita selalu buat pada video
‘Youtube’ itulah, pergerakan video boleh diundur ke belakang dan juga diheret
ke depan. Jelaslah bahawa pendekatan podcast ini memang fleksibel dan
memudahkan!
Podcast sangat mudah untuk dibuat. Sesiapa
sahaja yang mempunyai mikrofon boleh memuat turun perisian audio untuk mencipta
kandungan mereka, kemudian menggunakan platform pengehosan untuk mengedarkan
kandungan mereka. Mereka juga boleh menghasilkan kandungan yang berkaitan
dengan mana-mana tema yang mereka pilih.
pengedaran:
Podcaster boleh mencipta kandungan yang
berkaitan dengan hampir mana-mana industri atau topik yang boleh mereka
fikirkan. Terdapat sangat sedikit garis panduan atau peraturan komunikasi yang
ditetapkan untuk menyekat kebebasan bersuara.
Podcast mudah didengari oleh khalayak.
Mereka tidak memerlukan tahap komitmen atau usaha yang sama seperti menonton
video atau membaca blog. Ini boleh memudahkan pencipta kandungan membina
kesedaran dan berhubung dengan pelanggan di mana sahaja mereka berada.
Apabila pengguna terus menerima dunia
digital dan mencari kandungan yang lebih mudah diakses, permintaan untuk
rakaman podcast akan terus meningkat.
pengedaran:
No comments:
Post a Comment