Aktiviti
perniagaan membentuk hubungan paling penting sesama manusia. Tidak ada hari
tanpa wujud perniagaan. Perniagaan wujud sejak manusia hidup secara
bermasyarakat. Ini kerana keperluan manusia berbeza-beza atau banyak, sedangkan
kemampuan menghasil sendiri amat terhad.
Petani
menghasilkan hasil pertanian memerlukan ikan yang ditangkap oleh nelayan,
sedangkan nelayan pula ingin hasil pertanian. Maka, mereka boleh melakukan
pertukaran barang.
Apabila
wujud sistem mata wang, maka pertukaran itu dilakukan menggunakan mata wang. Ia
memudahkan urusan jual beli dan mempelbagaikan hasil barang yang boleh
diniagakan.
Memandangkan
betapa penting aktiviti perniagaan, maka terdapat lebih 500 buah hadis daripada
Rasulullah SAW membincangkan atau memperkatakan mengenai perniagaan.
Dalam
al-Quran juga tidak terkecuali menyebut mengenai perniagaan agar ia berlaku
secara adil dan mengelak berlaku penindasan.
Justeru,
perkara penting ini perlu diperhalusi secara jelas agar tidak berlaku
kecelakuan atau menimbulkan suasana tidak baik dalam urusan jual beli.
Sesungguhnya, Islam tidak memisahkan kehidupan seharian dengan panduan
agama.
Apabila
ada sesuatu amalan baharu dalam urusan kehidupan seharian, termasuk berkaitan
jual beli, maka para faquha akan mengkajinya agar tidak bertentangan dengan
syarak. Maka, satu garis panduan dibuat agar dipatuhi penganut
Islam.
Agama bukan sekadar dalam urusan ibadat khusus semata-mata. Bahkan urusan di
luar ibadat khusus lebih besar kesannya dalam kehidupan seharian. Sebab itu,
dalam urusan jual beli perlu mematuhi rukun, syarat dan perkara lain yang
membezakan antara Islam dan bukan Islam.
Peraturan itu bukan menyusahkan atau menghalang kebebasan, tetapi satu pemangkin
menjadikan jual beli lebih tersusun, selamat dan menjaga kepentingan
pihak-pihak terlibat.
No comments:
Post a Comment