Friday, 6 May 2022

TIDAK LUPA ASAL USUL SUMBANGAN SENTIASA DIKIRIMKAN

 
Banyak penduduk asal dari kepulauan delta Sungai Kelantan bawah pentadbiran jajahan Tumpat telah berhijrah tinggal di tempat lain, termasuk di luar Kelantan.

Namun, mereka tidak lupa asal usul dan ingatan terhadap kehidupan pulau sentiasa kuat. Sebagai tanda ingatan, mereka menitipkan sumbangan berupa zakat, sedekah dan sebagainya kepada penduduk pulau.

Antara individu yang sentiasa diberi kepercayaan untuk menyalurkan atau menyampaikan bantuan kepada penduduk pulau ialah Roslan Ismail atau lebih dikenali Roslan Pulau Seratus.

Biarpun berstatus orang kelainan upaya (OKU) ia tidak menghalang Roslan Pulau Seratus melaksanakan amanah tersebut.

Biarpun berstuatus OKU, Roslan insan hebat. Dia yang lebih dikenali Abe Lan atau Lan Pulau Seratus adalah aktivis kemasyarakatan dan kesukarelawan tegar yang menyumbang bakti untuk kebaikan dan kesenangan orang lain. 
 
Dia yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan apabila mula terlibat dengan aktiviti belia melalui persatuan belia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyaraktan dan kesukarelawan. 
 
Bermula sejak lebih 30 tahun lalu, Roslan tidak jemu-jemu untuk terus membantu orang lain sebagai mungkin biarpun dalam keadaan keupayaan yang terbatas. 
 
Semangat kesukarelawan dan kemasyarakatan Roslan membantu penduduk diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Anugerah terbaharu diterima adalah Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022. 
 
Selain Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016, 2017) disampaikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 
 
Senarai anugerah lain diterima Roslan;   
- Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021   
- Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996)  
- Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)   
- Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN (2018)   
- Anugerah Belia Kelantan (2019)   
- Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016) 
 
Jadi, tidak hairan jika ada pemimpin datang atau aktiviti di kepulauan, Roslan akan dijemput bersama atau dilibatkan untuk menjayakannya. Dia menjadi ikon penduduk pulau.
 
Roslan tidak mampu berjalan akibat mengidapai polio semasa kecil akan bergerak dari satu pulau ke satu pulau dengan menggunakan ATV ataupun motosikal roda tiga, selain menggunakan bot dari jeti ke jeti.

No comments:

Post a Comment