Cerita peristiwa Bukit Kepung 23 Febuari 1950. Dicerita Tan Sri John Joe Raj (lebih dikenali JJ Raj), bekas Ketua Polis Pagoh ketika kejadian berlaku.
Pada
22 Februari (1950) saya telah melawat Balai Polis Bukit Kepong bersama 10
anggota.
Kami
bertolak daripada Balai Polis Daerah Pagoh menaiki kenderaan menuju Balai Polis Lenga. Masa yang kami ambil antara satu hingga dua jam.
Dalam perjalanan kami berwaspada kerana pernah berlaku serang hendap daripada pihak komunis.
Apabila
sampai di Balai Polis Bukit Kepong saya menemui Sarjan Jamil Mohd.
Shah dan anggota-anggotanya serta tidak ketinggalan penghulu kawasan
tersebut, bernama Ali.
Setelah kami makan tengah hari bersama, kami kemudian melakukan rondaan di Pekan
Bukit Kepong bersama Sarjan Jamil, Penghulu Ali dan beberapa orang mata-mata
dengan berbasikal.
Pekan
Bukit Kepong tidak besar. Di sini terdapat kita-kira 30 buah kedai yang para
peniaganya terdiri daripada orang Cina.
Dari
segi komposisi penduduk pula saya anggarkan penduduk Melayu lebih kurang 1,300
dan mereka tinggal di kampung-kampung.
Tepat
pukul pukul 4.30 pagi (23 Februari 1950), pengganas komunis telah meniup trompet
buat kali pertama dan mereka telah melepaskan tembakan ke arah Balai Polis
Bukit Kepong.
Sebaik
sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil dan semua anggota yang
kesemuanya berjumlah 20 orang mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan
balai untuk berbalas tembakan.
Tembak
menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. Sebanyak 180 orang komunis yang melakukan
serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 orang
kita cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik.
Jika
hendak dibandingkan kekuatan anggota, kekuatan komunis adalah tujuh kali ganda
lebih daripada kekuatan polis.
Sungguhpun
begitu pihak komunis masih gagal memasuki balai walaupun telah melakukan
serangan selama dua jam.
Kira-kira
pukul 6.30 pagi, pihak komunis telah meniup trompet untuk kali kedua dan
sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta merta.
Kemudian
salah seorang anggota komunis yang bernama Mat Indera dengan menggunakan
pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat.
Mat
Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali.
Saya
masih ingat jawapan Sarjan Jamil: “Jangan bimbang tuan OCPD, kita akan jaga,
biar putih tulang jangan putih mata”.
Ketika
ayat ini diungkapkan saya kurang faham dan saya mula faham selepas peristiwa
ini berlaku.
Sebenarnya
semasa kita meronda pada petang 22 Februari 2050, terdapat 180 pengganas komunis
telah mula mengepong di belakang balai polis. Kita tidak nampak kerana kawasan
tersebut merupakan kawasan hutan.
Tan
Sri J.J mengingati kata-kata terakhir kepadanya: "Biar putih tulang jangan
putih mata."
Tan
Sri JJ Raj meninggal dunia pada 6 Nov 2021 pada usia 100 tahun.
Gambar: Lawatan ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, ketika menjadi Ketua Polis Petaling Jaya (Jun 2021).

No comments:
Post a Comment