
Kacang
botor juga dieja kacang botol adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya
dengan protin dan lemak serta vitamin A dan B. Pokok kacang botor juga dikenali kacang kelisa
tumbuh melilit dan memerlukan pancang atau kayu junjung untuk memanjat. Paling
mudah tanam sahaja di tepi pagar rumah agar ia memanjat di situ.
Kacang
botor boleh ditanam di berbagai-bagai jenis tanah iaitu dari ringan berpasir
hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan
yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 – 6.0
adalah paling sesuai.
Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari
buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Biji benih boleh
ditanam dengan jarak 50 cm. Tanam terus biji benih di tapak tanaman sebanyak
dua biji selubang, lebih kurang 2.5 cm dalam.
Biji
benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya satu anak
benih yang sihat pada setiap lubang. Siram pokok dua kali sehari iaitu pagi dan
petang kerana anak pokok memerlukan air yang banyak untuk membesar.
Untuk
mendapatkan hasil yang baik kacang botor perlu diberi junjung. Pastikan
anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan
penanaman yang kecil.
Hasil
buah boleh dikutip 10-12 minggu selepas ditanam. Pilihlah buah yang hijau serta
rapuh dan berukuran 15-20 cm panjang. Kutipan boleh dibuat setiap 2-3 hari
sekali untuk mengelakkan daripada buah banyak menjadi tua.
Buah yang tua akan bersabut dan tidak sedap dimakan. Pokok yang subur boleh
menghasilkan 10 biji buah sepokok sekali petik selang dua hari.
Buah
yang muda dan lembut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabu atau jenis
makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
No comments:
Post a Comment