Sejarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula pada 1
Jun 1885. Tarikh tersebut dikira bermulanya operasi kereta api pertama di Tanah
Melayu iaitu dari Taiping ke Port Weld.
Sejak itu, perkembangan perkhidmatan
kereta api sentiasa bertambah baik dari segi pertambahan jarak landasan dan
jenis kereta api yang digunakan.
Bermula dengan panjang landasan kereta api sejauh 13.28
kilometer, kini telah menjangkau melebihi 2,783 kilometer. Dari lokomotif arang
batu kini menggunakan tren elektrik moden.
Sebelum ini, KTMB dikenali sebagai Federated Malay
States Railway (FMSR) atau Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, kemudiannya
dikenali Malayan Railways Administration (MRA) atau Pentadbiran Keretapi Tanah
Melayu.
Pentadbiran ini mendapat nama "Keretapi Tanah
Melayu" pada tahun 1962. Pada tahun 1992, KTM disyarikatkan walaupun masih
dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
KTMB berkhidmat di lebih 100 stesen di 10 negeri Semenanjung
Malaysia dan negara Singapura, di rangkaian landasan keretapi sepanjang 2,783
kilometer. Semua landasan digunakan KTMB adalah jenis tolok landasan meter
(1,000 mm).
Sekarang ini KTMB hanya bertanggungjawab menyediakan
perkhidmatan kereta api, sedangkan aset-aset berkaitan landasan dan stesen
kereta api diuruskan oleh Perbadanan Aset Kereta Api (RAC).
No comments:
Post a Comment