Salmonellosis adalah jangkitan
bakteria Salmonella pada sistem penghadaman manusia. Kebanyakan
jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah
dicemari oleh bakteria Salmonella atau sentuhan secara langsung
dengan pesakit yang sudah terkena jangkitan bakteria tersebut.
Terdapat 2500 spesies Salmonella yang
dibawa oleh haiwan ternakan dan haiwan-haiwan liar. Haiwan ternakan seperti
ayam, itik atau spesies burung yang dijangkiti oleh bakteria Salmonella boleh
merebak hingga ke dalam isi telur yang dihasilkan.
Telur dan produk-produk yang berasaskan
telur adalah sejenis makanan ruji bagi manusia terutamanya kepada rakyat
Malaysia. Pengedalian yang tidak sempurna daripada segi kebersihan kulit telur
atau telur yang tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan penyakit bawaan
makanan seperti Salmonellosis.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan
kandungan telur telah dijangkiti oleh bakteria Salmonella yang ada di
dalam usus ternakan tersebut semasa proses penghasilan telur. Jangkitan berlaku
terhadap tisu-tisu pembiakan ternakan tersebut sebelum kulit telur
terhasil.
Biasanya telur digunakan sebagai bahan
untuk membuat makanan pencuci mulut seperti pudding, kek dan aiskrim. Dalam
kategori makanan pencuci mulut 55 daripada 90 (61%) ialah makanan pencuci mulut
yang mengandungi telur sebagai bahan tambahan.
Secara ringkasnya gejala utama bagi orang
yang telah dijangkiti akteria Salmonella adalah seperti berikut:
- Cirit-birit
- Kekejangan pada perut
- Demam tinggi antara 39.4-40oC
- Kurang selera makan
- Sakit kepala
- Selema dan batuk
- Pendarahan usus
- Mudah letih
- Ruam pada kulit
Komplikasi serius berikutan daripada
simptom awal yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya mungkin akan membawa
kepada pendarahan usus yang biasa akan muncul pada minggu ke-3. Selain itu,
kanak-kanak atau bayi akan mengalami komplikasi gangguan pada otak yang
berkemungkinan akan mengalami sawan. Oleh yang demikian, semua individu
perlulah segera mendapatkan rawatan awal sekiranya gejala atau tanda jangkitan
bakteria salmonella berlaku.
Langkah-langkah berikut perlu diambil
sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan penyakit seperti:
- Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.
- Elakkan mengambil antibiotik kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama. Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.
- Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.
- Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.
Sesiapa yang mengalami cirit-birit tidak
boleh bekerja sebagai pengendali makanan atau menjaga kanak-kanak, orang tua
atau orang yang mempunyai penyakit kronik. Kanak-kanak yang mempunyai
cirit-birit tidak boleh dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak.
Sekiranya gejala cirit-birit tersebut sudah
sembuh, mereka boleh kembali bekerja atau dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak.
Selain itu, pesakit mestilah kerap membasuh tangan sebelum melakukan sebarang
aktiviti. Pesakit juga mestilah diasingkan iaitu berehat di rumah sehingga
gejala penyakit tersebut sudah sembuh.
Sumber - http://www.myhealth.gov.my/penggunaan-telur-punca-penyakit-salmonella/
- Cirit-birit
- Kekejangan pada perut
- Demam tinggi antara 39.4-40oC
- Kurang selera makan
- Sakit kepala
- Selema dan batuk
- Pendarahan usus
- Mudah letih
- Ruam pada kulit
- Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.
- Elakkan mengambil antibiotik kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama. Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.
- Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.
- Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.
No comments:
Post a Comment