Friday 29 March 2024

TITIK PELUH PETANI TIDAK DIHARGAI

 
Bidang pertanian amat penting kepada kehidupan manusia sebagai pembekal sember makanan. Ia menjadi aktiviti dan kerjaya tertua manusia dan akan wujud sehingga ke akhir dunia.
 
Manusia masih boleh hidup tanpa peralatan moden dan kehidupan mewah, nama tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa bekalan makanan. Amat penting sekali peranan petani menyediakan sumber makanan untuk meneruskan kelansungan hidup manusia lain.
 
Namun, amat malang apabila kerjaya sebagai petani tidak dinilai. Menjadi petani tidak dianggap satu kerjaya atau tugas yang penting. Sebab itu tidak banyak orang sanggup menjadi petani. Kerjaya petani dianggap sebagai taraf rendah dan tidak menjamin masa hadapan yang baik.
 
Fenomina ini berpunca pendapatan menjadi petani dianggap tidak lumayan. Petani sering dipergunakan oleh pihak lain yang mengaut keuntungan lebih hasil keringat dan titik peluh petani.
 
Harga hasil pertanian sering berubah-ubah yang merugikan petani. Harga rendah di pasaran menyebabkan petani terpaksa menanggung kerugian.
 
Hal ini biasanya dilakukan apabila pemborong berkuasa menentukan harga di pasaran. Mereka biasanya menjadikan alasan bekalan lebih punca harga turun. Biasanya petani terpaksa mengalah dan tetap menjual kepada pemborong biarpun harga murah kerana ingin mengelak menanggung rugi apabila hasil pertanian tidak dapat dipasarkan sedangkan ia tidak dapat disimpan lama.
 
Tidak banyak petani sanggup melawan pemborong. Mereka terpaksa menerima harga ditawarkan pemborong.
 
Diharapkan ada petani yang sanggup melalukan sesuatu seperti usahawan yang dikenali Coach Bahar ini. Baca catatan beliau di FB.
 
“Minggu ni harga cili besar merundum jatuh. Pemborong nak ambil RM4 sahaja sekilo. Sabtu lepas saya hantar 300kg. Bila diberitahu pemborong ambil cili ni harga rendah saya suruh staf angkat bakul masuk balik kereta. Kononnya harga jatuh kerana lambakan cili dari Thailand masuk.
 
“Saya rasa kecewa. Di meja-meja pasar harga cili tetap mahal. Lebih lagi bila nak raya. Pemborong mainkan harga. Ramai yang tak tahu ada minimum kos untuk sekilo cili. Lebih lagi mereka yang tanam melalui sistem fertigasi. Sekilo cili minimum kos adalah RM7.63. Itu kiraan saya termasuk baja, gaji, racun dan penjagaan. Biasanya harga borong cili besar antara RM8-12. Jarang dapat RM15 sekilo.
 
“Bila harga jatuh sampai RM4. Mana ada untung. Jatuh tercaraplah petani. Petani dan pekebun tak berani melawan. Mereka senyap kerana hubungan baik antara petani dan pemborong perlu dijaga. Jika tidak mereka kena senarai hitam langsung tak boleh hantar barang.
 
“Pemborong ni ada network yang luas. Buat hal dengan satu pemborong, yang lain semua tak nak ambil barang dengan kita. Barang kebun nak tuang kat mana?
 
“Hari ni staf bungkus 300 kg cili. Saya buat program sedekah sayur. Beri orang kampung kat bazar Ramadan lagi bagus dari kayakan orang tengah lintah darat. Siapa nak bantu petani.
 
“Saya ajak korang sedekah sama. Korang beli cili besar saya RM10 sekilo. Saya akan kongsikan dengan orang kampung. Hari ni target buat 600 bungkus. Korang boleh sama-sama membantu.”
 
Petani perlu berani buat perubahan dalam strategi pemasaran agar tidak menjadi mangsa kepada pemborong.

Kredit Coach Bahar

No comments:

Post a Comment