Monday 17 July 2023

PAS rugi sisihkan Annuar Musa

 
Tan Sri Annuar Musa dilihat sebagai sosok tubuh yang paling layak diangkat menjadi menteri besar Kelantan. Namun ini tidak mungkin terjadi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan 12 Ogos nanti kerana Annuar tidak menjadi calon di mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri di Kelantan. 

Memang amat rugi apabila PAS sisihkan Annuar. Pengalaman luas dan ketokohan Annuar pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat pusat ketika bersama UMNO tidak dihargai PAS.
 
Kelantan memerlukan sentuhan pemimpin yang berpengalaman dan mempunyai wawasan untuk membawa negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu terus maju setanding negeri-negeri lain.
 
Kelantan bukan tidak ada sumber untuk dibangunkan. Sumber tenaga anak Kelantan dan hasil buminya amat banyak yang jika diurus dengan baik pastinya memberi sumbangan besar untuk pembangunan Kelantan.
 
Amat rugi jika kebolehan dan ketokohan Annuar tidak digunakan oleh Pas Kelantan. Annuar perlu diangkat menjadi menteri besar.

Ketokohan dan pengaruh Annuar yang diwar-warkan sebagai senjata untuk meranap sepenuhnya UMNO nampaknya tidak menjadi kenyataan. Annuar menjadi pahlawan tanpa diberikan keris. 

No comments:

Post a Comment