Wednesday 22 February 2023

KEISTIMEWAAN KEROPOK IKAN TAMBAN

 
Keropok keping dibuat daripada ikan tamban (keropok ikan tamban) memang menjadi pilihan mereka yang mementingkan cita rasa dan kualiti terbaik.  
 
Keropok ikan tamban mempunyai ciri keistimewaan menjadi kegemaran ramai disebabkan ia nipis dan ranggup. Keropok ikan tamban yang digoreng mudah kembang besar. Apabila dimasukkan ke dalam mulut ia mudah hancur atau ‘cair’ dengan rasa yang memikat.
 
Makan keropok ikan tamban tidak menyebabkan rasa gatal di mulut atau bahagian tekak. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Ikan tamban segar digunakan bagi memastikan kualtiti terjamin.
 
Harga keropok ikan tamban lebih mahal berbanding keropok diperbuat dengan ikan jenis lain. Namun, bagi penggemar keropok ikan tamban tidak berkira dengan harga asalkan dapat menikmatinya.
 
Cara menggoreng:
- Panaskan kuali dan minyak dengan kepanasan api yang sederhana (sesuai dengan keropok yang nipis)
- Masukkan keropok ikan tamban dan tunggu sekejap sehingga kembang.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment