Saturday 28 January 2023

PCAK membantu membina masyarakat madani

 
Betapa mulianya sesiapa yang ketika hidupnya sentiasa ingin membantu orang lain. Membantu saudara mara, rakan, jiran dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
 
Sabda Rasululah SAW bermaksud: "Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis riwayat Muslim).
 
Mereka yang suka membantu orang lain sebenarnya telah melaksanakan sebahagian maksud madani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, madani membawa erti maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya).
 
Konsep keluarga di Malaysia sebenarnya merentasi sempadan agama dan kaum. Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai pelbagai kaum serta anutan agama.
 
Begitulah menarik, cantik dan indahnya latar belakang kehidupan kita. Sukar ditemui kehidupan harmoni serta saling hormat menghormati seperti ini yang begitu mengagumkan dan indah seandainya ia diberi pewarnaan yang sama dalam kanvas kehidupan.
 
Kita sedar bahawa kewujudan sesebuah keluarga pelbagai bangsa dan agama dengan nilai kekeluargaan dan kasih sayang mengikat mereka semua. Bertambah besar saiz keluarga, semakin kompleks cabaran dihadapi kerana bilangan ahli yang ramai semestinya mempunyai banyak pandangan, suara, selera makin rencam dan pelbagai keperluan.
 
Masyarakat madani saling membantu dan hidup dalam keadaan berkasih sayang. Tiada yang terpinggir dalam menikmati kehidupan yang lebih baik.
 
Anda boleh bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan melalui Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK).
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 
 

No comments:

Post a Comment