Sungai Batu Tegoh terletak berhampiran Taman Tasik Taiping.
Sungai
Batu Tegoh adalah sebuah sungai yang indah dan tempat rekreasi ekologi yang
terletak di Taiping, Perak, Malaysia.
Aliran sungai ini terkenal sebagai kawasan rekreasi semula
jadi dan laluan denai (trail).
Nama Batu Tegoh juga merujuk kepada nama kampung yang berada
di tebing Sungai Batu Tegoh.
Ia terletak berhampiran Sungai Larut, menampilkan air sungai
yang jernih, kehijauan yang subur, dan kebun durian tempatan.
Sungai ini mendapat pengiktirafan kebangsaan apabila dipilih
sebagai lokasi rasmi kebangsaan untuk Hari Sungai Sedunia 2025, menonjolkan
projek pemulihan dan pembangunan laluan sungai untuk meningkatkan
eko-pelancongan.
Pembinaan denai sungai di Sungai Batu Tegoh dapat membantu
pembangunan kawasan itu sebagai pusat rekreasi.
Pembinaan denai sungai di kawasan itu merupakan salah satu
pendekatan nature-based-solution (NBS) bagi menangani cabaran sosio-alam
sekitar melalui pengurusan dan penggunaan alam yang lestari.
Dengan adanya denai di tepi sungai, ia akan menggalakkan
'nature based activities' seperti berkelah, memancing dan berbasikal dalam
kalangan komuniti setempat.
Kehadiran orang ramai di kawasan tersebut akan menghalang
pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan
sisa.
Memandangkan Sungai Batu Tegoh mengalir di kawasan rekreasi,
pelaksanaan program denai memerlukan kerjasama dan sumbangan daripada pihak
industri yang berada di sekitar kawasan ini untuk bersama-sama menjayakan
program tersebut.
No comments:
Post a Comment