Jambatan kereta api Kampung Serian, Musang merupakan
jambatan pendek yang merentasi anak sungai dan kawasan lembah. Menariknya,
jambatan ini juga dimanfaatkan untuk penduduk kampung untuk melintasi kawasan
tersebut.
Terdapat pelantar kayu dibina di kiri dan kanan landasan
yang boleh dilalui menggunakan motosikal dan basikal, serta penjalan kaki.
Laluan ini memang tidak kerap digunakan pendudukan kampung
kerana ada laluan altenatif lain. Laluan ini digunakan di kalangan penduduk di
kawasan sekitar sahaja.