Monday, 29 June 2020

KHASIAT POKOK TIMUN TIKUS

Timun tikus atau nama saintifik Zehneria sp banyak tumbuh di kawasan rumah. Timun tikus jenis tumbuhan menjalar dan mudah membiak melalui biji benih.

Timun tikus sebenarnya banyak jenis. Ada yang rasanya tidak banyak beza dengan timun batang biasa, ada yang kelat dan juga pahit. Ia bertukar warna merah jika tua dan biji yang kering boleh disemai sebagai benih.

Biarpun tumbuh meliar dan seperti pokok tidak mempunyai kegunaan, sebenarnya timun tikus kaya khasiat dan banyak kegunaan. 

Ubat darah tinggi.
Biji muda petik buat ulam (muda warna hijau, kalau dah hijau gelap / hitam maknanya dah tua boleh buat benih), rasa macam timun batang. Elakkan makan buah dia kalau ada darah rendah kerana ia menyebabkan pening kepala.

Ubat resdung
Ambik segenggam daun, hancurkan dengan tangan (kalau rajin blend), lepastu sapu di sekeliling muka sebagai mask. Tunggu sampai kering. Bila dah kering bilas.
(Kena kerap buat, bukan 2-3 kali pakai resdung terus sembuh)


Dibuat jeruk
Guna cuka makan, garam dan gula. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang enak dan tahan lama.

Direbus
Rebus dan cicah sambal belacan untuk rasa manis dan enak.

Dicampur dalam sayur atau masakan.
Masukkan dalam gulai dan kari ikan,ayam atau daging sebagi sayur tambahan.

Dijadikan salad
Ambil timun yang muda, hiris nipis dan campurkan dalam salad.

Sunday, 14 June 2020

LARANGAN MENGAMBIL APA TELAH DISEDEKAH


Sesuatu yang disedekah kepada seseorang atau pihak lain adalah menjadi milik penerimanya dan tidak patut diambil kembali biarpun dibeli. 

Dari Umar bin Al-Khaththab berkata: Aku memberi (seseorang) kuda yang untuk tujuan digunakan berperang di jalan Allah lalu orang itu tidak memanfaatkan sebagaimana mestinya. Kemudian aku berniat membelinya kembali darinya kerana aku menganggap membelinya lagi adalah suatu hal yang (diringankan) dibolehkan. Lalu aku tanyakan hal ini kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda: “Jangan kamu membelinya sekalipun orang itu menjualnya dengan harga satu dirham, kerana orang yang mengambil kembali sedekahnya seperti anjing yang menjilat kembali ludahnya.” (Hadis riwayat Bukhari no.2623)

Bagaimanapun, penerima sedekah itu harus atau dibolehkan untuk menyerahkan sedekah itu kepada pihak lain atau menjualnya kepada orang untuk mendapatkan wang atau tidak memerlukan barang yang diterima itu. 

Orang yang menyerahkan sedekah, tidak patut mempertikaikan cara atau bagaimana wang atau barang yang disedekah itu digunakan. 

Sesungguhnya bahawa apa yang telah disedekah itu telah berpindah milik sepenuhnya kepada yang menerima sedekah itu.