Wednesday, 1 July 2026

PANJI-PANJI LAMBANG KEMEGAHAN

 
Panji-panji lambang kemagahan. Panji-panji merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) terhadap raja dan negara.

Ia juga amat penting sebagai identiti serta pemilikan setiap warga pasukan ke atas sikap tanggungjawab, legasi dan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Bagi seorang perajurit, panji-panji bukan sekadar lambang yang dihormati ketika istiadat berlangsung. Ia adalah simbol amanah, maruah dan kesetiaan yang dipikul sepanjang hayat perkhidmatan.

Dalam tradisi tentera, mengarak panji-panji bukan sekadar satu istiadat. Tetapi bagi seorang anggota tentera, panji-panji itu bukan sekadar kain. Ia adalah maruah. Ia adalah sejarah darah, peluh dan pengorbanan yang tidak pernah ditulis sepenuhnya kepada umum.

Di bawah panji itulah seorang anggota diajar untuk meletakkan kepentingan negara melebihi dirinya sendiri. Sebab itu dalam tradisi ketenteraan, panji-panji tidak boleh jatuh. Kerana apabila panji-panji jatuh, maruah pasukan turut tercalar.

Di bawah panji-panji itulah lahirnya disiplin, keberanian dan semangat untuk terus berdiri walaupun berdepan cabaran paling sukar. Dan selagi panji-panji itu masih berkibar, selagi itulah semangat perjuangan anggota ATM tidak akan padam. 

Kesetiaan dalam dunia ketenteraan bukan sekadar lafaz yang disebut ketika upacara. Ia dibuktikan melalui pengorbanan, tanggungjawab dan kesanggupan mempertahankan raja dan negara tanpa mengira keadaan.

Sebab itu apabila panji-panji diarak megah, ia membawa bersama semangat generasi perajurit yang pernah berbakti di bawahnya. Bagi seorang perajurit, kesetiaan bukan sekadar janji. Ia adalah pegangan hidup. Setia sampai akhir. 

 


No comments:

Post a Comment