Tuesday, 16 June 2026

DUA ANGGOTA TENTERA MENINGGAL AKIBAT LETUPAN BOM

 
Dua anggota tentera dilaporkan meninggal dunia akibat terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 1057 pagi, 16 Jun 2026.

Mangsa pertama, Kpl Norazmi bin Abu Bakar bertindak sebagai pengasuh (jurulatih) Latihan Peningkatan Tempur (LPT) dan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) Pasukan 1 Skn RAJD bagi tempoh latihan dari 14 hingga 21 Jun 26.

Mangsa kedua, Pbt Siti Khadijah bt Sungip dari MK 2 Div RAJD adalah selaku pelaksanaan (pelatih) Latihan Baling Bom Tangan Statik.

Ketika latihan dilaksanakan, bom tangan yang dibaling pelatih telah meletup di dalam bunker yang menyebabkan serpihan letupan mengenai jurulatih dan pelatih yang menyebabkan kedua-duanya cedera parah.

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, untuk mendapat rawatan. Walau bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.  

Gambar - Pbt Siti menerima hadiah sebagai penuntut terbaik rekrut wanita semasa tamat latihan 2025

No comments:

Post a Comment