Peribahasa "orang lain makan nangka, kita yang kena
getahnya", bermaksud orang lain yang berbuat salah atau mendapat nikmat,
tetapi kita pula yang menanggung kesusahan atau akibatnya.
Getah nangka terdapat banyak di bahagian empulurny yang
terletak di tengah-tengah. Kalau membelah nangka, elok dibuang getahnya dahulu
dengan menggunakan kertas, sebelum diambil isinya.
Bahagian lain yang terdapat getah ialah kulit. Tetapi, getah
di bahagian kulit akan berkurangan setelah buah nangka menjadi matang atau
masak.
Buah nangka kaya dengan vitamin C, serat, dan antioksidan
yang membantu menguatkan imuniti, melancarkan sistem pencernaan, dan menyokong
kesihatan jantung. Ia juga merupakan pengganti daging yang sangat baik kerana
teksturnya yang berserat.

No comments:
Post a Comment