Saturday 9 November 2024

KEINDAHAN LATA PUTEH, SELAMA

 
Lata Puteh, Selama, Perak memang cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan dan luar dari Perak. Ia menjadi pilihan kepada mereka yang sukakan keindahan semula jadi dan keadaan damai yang memberi ketenangan.
 
Terletak di mukim Hulu Ijok, Selama, Perak, lokasinya kira-kira 30 kilometer dari pekan Selama
 
Lata Puteh memang cantik dan menakjubkan dengan latar belakang Gunung Bintang. Nama Lata Puteh berasal daripada Sungai Puteh yang menjadi punca kepada air di lata berkenaan. Sungai Puteh (atau Sungai Putih) dikenali dengan nama itu kerana airnya yang jernih dan air terjun yang cantik seperti percikan berwarna putih.

Lokasi lata untuk mandi manda hanya terletak kira-kira 100 meter dari jalan raya. Namun, untuk menuju di lokasi air terjun melibatkan kembara berjalan kaki (hiking) selama kira-kira 40 minit sehingga satu jam mengikut kemampuan masing-masing. 

Laluan ini membawa anda melepasi sungai yang jernih, batu batan yang menarik pemandangan dan pelbagai jenis tumbuhan hutan yang cantik.
 
Laluan denai agak curam, tetapi boleh dilalui secara berhati-hati. Untuk membantu melalui denai, boleh berpegang kepada pokok dan akar yang terdedah. .
 
Namun, hiking yang mencabar itu berbaloi apabila sampai di puncak air terjun. Pemandangan amat cantik dan mendamaikan. Pergerakan air terjun dari puncak melepasi batu jatuh ke bawah cukup mempesonakan dangan warna putih berkabus. Jadi, memang sesuailah ia dikenali dengan nama Air Terjun Lata Puteh. 




No comments:

Post a Comment