Betapa mulianya sesiapa yang ketika
hidupnya sentiasa ingin membantu orang lain. Membantu saudara mara, rakan,
jiran dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Sabda Rasululah SAW bermaksud: "Barang
siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan
melapangkannya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa
meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di
dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan
menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba
selama hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis riwayat Muslim).
Mereka yang suka membantu orang lain
sebenarnya telah melaksanakan sebahagian maksud madani. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, madani membawa erti maju dari segi pemikiran, kerohanian dan
kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya).
Konsep keluarga di Malaysia sebenarnya
merentasi sempadan agama dan kaum. Malaysia adalah sebuah negara unik yang
mempunyai pelbagai kaum serta anutan agama.
Begitulah menarik, cantik dan indahnya
latar belakang kehidupan kita. Sukar ditemui kehidupan harmoni serta saling
hormat menghormati seperti ini yang begitu mengagumkan dan indah seandainya ia
diberi pewarnaan yang sama dalam kanvas kehidupan.
Kita sedar bahawa kewujudan sesebuah
keluarga pelbagai bangsa dan agama dengan nilai kekeluargaan dan kasih sayang
mengikat mereka semua. Bertambah besar saiz keluarga, semakin kompleks cabaran
dihadapi kerana bilangan ahli yang ramai semestinya mempunyai banyak pandangan,
suara, selera makin rencam dan pelbagai keperluan.
Masyarakat madani saling membantu dan hidup
dalam keadaan berkasih sayang. Tiada yang terpinggir dalam menikmati kehidupan
yang lebih baik.
Anda boleh bersama-sama membantu mereka
yang memerlukan bantuan melalui Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK).
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha
membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang
ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment