Tuesday, 6 April 2021

LATA DINDING, SUNGAI PAS AMAT MENARIK

Air terjun menjadi tarikan ramai. Sebab itu, ada orang sanggup kembara berjalan kaki (hiking) untuk pergi ke lokasi air tejun yang terletak jauh di dalam hutan. 

Di Kuala Krai, antara air terjun yang cantik ialah Lata Dinding, Sungai Pas. Airnya bersih dan dingin amat sesuai untuk dijadikan tempat istirahat dan mandi manda. 

Dikenali Lata Dinding kerana di laluan air itu terdapat dinding batu tegak. 

Lokasi Lata Dinding adalah lebih 'ke dalam' berbanding Lata Berangin yang telah lama terkenal di Kuala Krai.

Tempat ini dikatakan telah lama diketahui dan dikunjungi di kalangan penduduk setempat sebagai tempat memancing dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal.

Diharapkan pada masa hadapan lokasi Lata Dinding dapat dihubungi dangan jalan bertar untuk memudahkan dikunjungi menggunakan kenderaan biasa.

No comments:

Post a Comment