Tasek
Gelugor merupakan sebuah bandar di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Tasek
Gelugor bersempadan dengan pekan Pinang Tunggal di utara, Kubang Semang di
selatan, Padang Serai, Kedah di timur dan Teluk Air Tawar di barat.
Dari
sumber yang boleh dipercayai nama Tasek Gelugor, berdasarkan sebuah tasik yang
terjadi akibat limpahan air sungai yang menjadi tasik. Ketika itu terdapat
banyak pokok gelugor di kawasan tasik berkenaan.
Tasek
Gelugor adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada pekan Tasek Gelugor dan
berpuluh puluh kampung di sekitarnya.
Antara
kampung-kampung tersebut ialah Kampung Permatang Manggis, Kampung Pokok
Tampang, Kampung Pengkalan Batu, Kampung Air Melintas Kecil, Kampung Permatang
Berangan dana lain-lain.
Kampung-kampung
dalam kawasan Tasek Gelugor adalah kampung-kampung tradisional yang wujud sejak
sebelum merdeka.
Kini,
Tasek Gelugor telah menjadi sebuah bandar kecil yang kian maju,beberapa taman
perumahan telah wujud disekitarnya.
Melalui
Lebuh Raya Utara Selatan, Tasek Gelugor boleh diakses melalui susur keluar
Sungai Dua sekiranya daripada Kuala Lumpur dan Ipoh; dan susur keluar Bertam
sekiranya daripada Bukit Kayu Hitam.
No comments:
Post a Comment