Thursday, 24 October 2019

AIR BERTAKUNG DI ATAS PENUTUP LONGKANG

Kebanyakan jalan utama di Kota Bharu terdapat longkang besar di tepinya. Bermakna, sepatutnya kawasan di tepi jalan tidak akan berlaku air bertakung.

Malang sekali, disebabkan tiada kerja-kerja penyelenggaraan yang sempurna, banyak terjadi lopak atau air bertakung di tepi jalan.

Keadaan ini tentu sekali menafikan fungsi longkang besar yang dibina itu. Disebabkan tidak ada sikap cakna dan perihatin, maka kemudahan yang ada tidak dimanfaatkan.

Pihak berkuasa sepatutnya menyelenggara kemudahan yang ada agar berfungsi dengan baik.

Selain itu orang awam atau penduduk setempat juga perlu bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang dapat menjadikan keadaan lebih baik.

Kadang-kadang, apa yang perlu dilakukan bukan sukar pun. Mungkin air bertakung kerana tersekat oleh sampah sarap atau mendapan lumpur yang perlu dikuis menggunakan kayu atau tangan sahaja. 

No comments:

Post a Comment