Wednesday, 27 June 2018

JIKA MENJADI SEBATANG PENSIL

Pada sebatang pensil terdapat mata untuk menulis. Manakala ada pensil yang di bahagian hujung terdapat pemadam. Jadi, pada bahagian sebatang pensil boleh digunakan untuk menulis dan pada sisi lain pula boleh memadam.

Diumpama sebagai pensil, jadilah pensil yang menulis kebaikan dan kebahagiaan kepada orang lain. Buatlah catatan dengan perkataan baik dan menggembirakan. Jika tidak mampu melakukan perkara itu, jadilah sebagai pemadan yang menghapuskan duka lara dan keburukan orang lain.

Ingatlah, jika tidak mampu mengembirakan orang lain, jangan buat orang lain menderita. Jika tidak ingin menolong orang lain, jangan pula kita menyusahkan prang lain. Buatlah kebaikan kepada orang lain seperti kita mengharapkan kebaikan orang lain terhadap kita.

Sepintas lalu, mari baca sejarah pensil. Pensil yang biasa sering kita gunakan, dibuat daripada gabungan batang kayu yang di dalamnya terdapat isi pensil atau grafit karbon. Pengeluar utama batang pensil di dunia ialah Amerika Syarikat.

Penggunaan grafit sebenarnya telah dimulai sejak zaman Yunani. Bagaimanapun, penemuan grafit karbon yang sesuai untuk pensil ditemui pada tahun 1564 di Borrowdale di kawasan utara Inggeris. Kelebihan grafit karbon yang ditemui berbanding grafit sebelumnya adalah mineral di dalam grafit karbon itu tidak dapat terbakar dan meninggalkan bekas berwarna hitam mengilap, serta mudah dipadamkan.

Mata pensil dibezakan menurut komposisi. Huruf B bermaksud ketebalan (boldness) yang bererti kandungan grafit karbon lebih banyak. Sementara huruf H pula memberitahu kekerasan komposisi, jadi maksudnya adalah kandungan tanah liatnya lebih banyak. Pensil memiliki dua sifat iaitu keras dan tebal. Makan itu sebabnya ketika menjawab peperiksaan objektif kita disarankan menggunakan pensil 2B kerana lebih halus dan tebal agar komputer dapat membaca jawaban.

Kata pencil berasal dari bahasa Latin iaitu penicillus, yang bermaksud ekor kecil. Orang pertama yang menggunakan grafit karbon dalam batang pensil adalah keluarga Faber yang tinggal di Jerman. Keluarga ini memulai usaha pembuatan pensil grafit pada tahun 1760. Namun sayang, usaha Faber kurang berjaya. Orang tidak suka menggunakan pensil Faber kerana mudah patah dan mengotori tangan.

Pada tahun 1895 NJ Conte menyempurnakan pensil buatan Faber. Agar pensil tidak mudah patah, grafit dicampur dengan air dan tanah liat, kemudian dibakar untuk lebih tahan.

Teknologi membuat pensil sentiasa diinovsikan. Biarpun nampak seperti tidak banyak berubah, hakikatnya kualiti dan kreativiti pembuatan sentiasa berubah. Conothnya, kini ada batang pensil menggunakan kertas surat khabar yang dikitar semula.

Pensil ini dihasil menggunakan surat khabar yang telah melalui beberapa proses tertentu. Surat khabar lama yang dikumpul akan dibersihkan sebelum ditekan dan menjalani proses eksklusif dipanggil roll on. Setelah mata atau grafit karbon pensil diletakkan, ia akan dibalut menggunakan gam berasaskan air dan kemudiannya dikeringkan.

Menariknya, biarpun ia diperbuat daripada surat khabar lama, pensil ini dapat berfungsi lebih baik berbanding pensil konvensional yang diperbuat daripada kayu. Dengan teknologi pembuatan pensil daripada kertas suratkhabar, tidak perlu lagi menebang pokok.

Kebanyakan batang pensil berbentuk bulat atau selinder panjang. Bentuk itu mudah bergolek dan kebarangkalian mata patah lebih tinggi. Maka sebab itu ada pensil yang berbentuk bersegi-segi untuk menjadikan kedudukannya stabil semasa diletak di atas meja.

No comments:

Post a Comment