Malaysia
negara mempunyai rakyat berbilang kaum dan anutan agama. Tiada satu pun kaum yang
boleh mengaku penyumbang utama kepada kekayaan dan kemakmuran negara.
Sesungguhnya,
kemakmuran dan kecemerlangan negara yang dicapai pada hari ini adalah kerana
rakyat berbilang kaum mengutamakam perpaduan.
Setiap kaum
mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan cara hidup dan keyakinan yang dipegang.
Setiap kaum mengamalkan kekuatan tamadun yang pernah datuk nenek mereka amalkan
pada masa dahulu.
Justeru,
rakyat perlu terus mengekalkan keadaan itu selamanya-lamanya. Rakyat perlu semaikan pembaharuan semangat dan
azam antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Kita
semua saling melengkapi antara satu sama lain. Tekad untuk mencapai kehidupan lebih
baik perlu diutamakan.
Biarpun
setiap kaum mempunyai agenda tertentu untuk kaumnya, namum sikap itu tidak seharusnya
membawa kepada perpecahan dan saling menyerang sehingga semua menanggung kerugian.
Berteraskan
semangat Negaraku dalam jiwa, setiap warganegara saling berganding bahu
terutamanya dalam membantu mereka yang lebih memerlukan.
Lihatkan
ke dalam diri bahawa kita semua warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan
kesejahteraan berkekalan.
Saling menghormati
dan buang prasangka buruk melibatkan kaum adalah ramuan terbaik untuk mengekalkan
momentun untuk terus meluncur laju mencapai status negara maju.
No comments:
Post a Comment