Monday, 2 December 2024

SUKARELAWAN BANTU WARGA EMAS TERKANDAS DI RUMAH

 
Di mana ada memerlukan bantuan, di siti sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) hadir membantu. Mereka telah dididik dengan kekuatan mental dan mental, selain kepakaran lain yang berkaitan. Mereka bersedia untuk mencurahkan bakti di medan perang sekalipun, atau keadaan yang disebut bencana. Mereka bersedia untuk berada di barisan hadapan.
 
Inilah komitmen diberikan pasukan perubatan BSMM Negeri Kelantan yang diketuai sendiri Naib Pengerusi 1, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir, apabila bergegas melawat dua orang pesakit warga emas terkandas di tingkat dua rumah selama lima hari di Kampung Pak Krau, Pengkalan Kubur, Tumpat akibat banjir.
 
Kedua-dua pesakit warga emas itu sukar dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerana kawasan kampung rumah mereka ditenggelami air. Bagi memastikan kedua-duanya mendapat rawatan yang sewajar, pasukan perubatan BSMM Negeri Kelantan membuat lawatan ke rumah mereka.
 
Untuk bergerak ke rumah warga emas, pasukan itu menaiki bot milik BSMM sendiri biarpun hanya menggunakan dayung. Namun itu tidak mematahkan semangat pasukan ini yang sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. 


No comments:

Post a Comment