Tuesday 25 June 2024

CARA PENGENDALIAN TELUR AGAR SELAMAT DIMAKAN

 
Salmonella adalah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Biasanya ditemui dalam makanan seperti telur mentah dan ayam yang tidak dimasak dengan betul.
 
Gejalanya termasuk cirit-birit, demam, dan sakit perut, yang muncul dalam 6 hingga 72 jam selepas makan.
 
Untuk mencegahnya, pastikan makanan bersih dan dimasak dengan betul, serta jaga kebersihan diri.
 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan prosedur selamat bagi pengguna serta pengendali makanan berasaskan telur. Berikutnya merupakan beberapa langkah yang boleh diambil:
- Pengendalian makanan berasaskan telur:
- Membeli bahan-bahan mentah dari pembekal yang mengamalkan kebersihan
- Pilih produk telur yang telah dipasteurkan atau serbuk telur yang dikeringkan dengan sempurna
- Cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan.
- Elakkan menggunakan telur-telur yang telah retak atau pecah kerana telur tersebut mungkin tercemar dengan bakteria salmonella.
- Simpan bahan makanan dengan cara yang betul dimana bahan makanan yang ingin digunakan dahulu diletak di bahagian hadapan.
- Jangan biarkan makanan sejuk beku di tempat yang tidak sesuai untuk tempoh lebih daripada 2 jam.

No comments:

Post a Comment