Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) temui asnaf ada di mana-mana. Bilangan
individu atau keluarga yang tergolonga asnaf memang banyak. Ada di mana-mana
dan masalah yang dihadapi macam-macam.
Biarpun
di mana mereka berada, PCAK akan berusaha
untuk membantu. Menjejaki asnaf menjadi matlamat PCAK.
Kali
ini di Pantai Geting, Tumpat. Sebulan yang lalu, PCAK pernah menghulurkan sedikit
sumbangan. Untuk kali kedua, PCAK mengunjungi keluarga ini.
Tidak
perlu diurai kisah duka keluarga ini. Memadai jika dikatakan sesiapa yang
mendengarnya akan masuk habuk di mata. PCAK membantu sekadar termampu.
Kisah
keluarga ini kemudian tular di media yang membawa kepada ada NGO lain ingin
membantu dalam kapasiti lebih besar.
Syukur,
biarpun PCAK hanya dapat membantu sedikit sahaja, sesuai dengan kedudukan kewangan
yang agak terbatas, ada NGO lain ingin membantu.
Rezeki
tidak salah alamat. PCAK datang tepat ketika bantuan diperlukan. Dan NGO lain
pula datang untuk turut membantu.
Semoga
nasib keluarga ini lebih terbela dan mendapat sumbangan yang selayaknya
daripada Keluarga Malaysia yang prihatin.
PCAK
merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan
lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat
dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton
Daud di talian 011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment