Faham
bertafakur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang
dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi
menghormati orang yang mati.
“Tafakur
membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai
apa yang dihajati.
“Tafakur juga
merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan
kemudaratan akan menjadi jelas.” (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, muka surat 77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi
menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia
sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa
ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain.
Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan
kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal
dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain
seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak
selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.
Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang
bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas
dasar kemanusiaan.
Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang
pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian
ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di
hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl
Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama
dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut
memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal
melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan
Islam.
Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang
terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah
dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Gambar hiasan: Sumber dari internet.
No comments:
Post a Comment