Saturday, 9 November 2019

BUNGA POKOK SENA TARIK PERHATIAN

Pokok sena atau juga dikenali angsana merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya  Pterocarpus  indicus.

Pokoknya merupakan pokok tinggi malar hijau yang mampu mencecah sehingga ketinggian 30 meter sehingga 48 meter di tempat asalnya.

Daunnya sepanjang antara 12 hingga 22 cm dan tangkainya (petiole) sepanjang sekitar 2 hingga 4 cm.

Bunga pokok sena berbau harum dan mempunyai kelopak kuning atau kuning bata. Buahnya bulat leper dan sekitar 6 cm kerat rentas.

Bunga-bunganya amat menyerlah kerana ia keluar serentak, menutupi seluruh silara. Bunga-bunga kuning yang gugur di atas tanah seperti hamparan yang menutupi bumi, memberikan pemandangan yang sangat indah.

Buahnya yang matang dalam 4-6 bulan, menjadi perang apabila tua. Ia mempunyai sayap serabut bagi penyebaran melalui udara.

Pokok angsana amat sesuai ditanam untuk memberi teduhan. Merupakan antara spesies terawal yang diperkenalkan untuk tanaman bandar.

Pada masa ini sena masih popular ditanam di pinggir-pingir jalan, taman-taman dan kawasan terbuka. Sena cepat membesar dan mudah ditanam semula.

Kayu daripada pokok sena juga sangat cantik, merah serta berbau wangi dan amat sesuai untuk dijadikan perabot. Pokok sena dianggap sebagai pokok balak yang baik.

Di Kedah ada satu daerah yang dikenali Pokok Sena. Asalnya kawasan Pokok Sena menjadi sebahagian daerah Kota Setar. Pada tahun 2009 diwujudkan satu kawasan pentadbiran baharu yang dikenali Pokok Sena. 

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete