Kajian
dan pemerhatian mendapati puasa bermanfaat kepada kesihatan. Antara lain puasa yang
dilakukan setiap hari didapati membantu mengawal paras insulin dan merendahkan paras gula darah bagi
penghidap diabetes.
Dengan
berpuasa selama sebulan penghidap diabetes misalnya dikatakan berupaya
merendahkan paras gula kepada julat normal atau sekurang-kurangnya menghampiri
paras normal.
Berpuasa
hanya sehari setiap bulan didapati berupaya menurunkan risiko arteri jantung tersumbat sebanyak 40
peratus. Ini berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan penyelidik dari
Intermountain Medical Center dan University of Utah diketuai oleh Benjamin D
Home, PhD.
Hasil kajian dilaporkan dalam American Journal of Cardiology (2008). Penyelidik berkata bagaimana puasa membantu kesihatan jantung tidak diketahui dengan jelas. Mereka mengandaikan ia mempunyai kaitan dengan tidak mengambil makanan ketika berpuasa.
Hasil kajian dilaporkan dalam American Journal of Cardiology (2008). Penyelidik berkata bagaimana puasa membantu kesihatan jantung tidak diketahui dengan jelas. Mereka mengandaikan ia mempunyai kaitan dengan tidak mengambil makanan ketika berpuasa.
Manfaat
puasa terhadap kesihatan dikecap jika seseorang menunaikan puasa dengan
disiplin tertentu. Berpuasa bukan sahaja sekadar tidak makan dan minum pada
siang hari, tetapi makan secara ala kadar pada malam hari serta mengurangkan
makanan bergula dan karbohidrat terproses.
Selain
baik dalam menyelaras paras gula dan mencegah arteri jantung daripada tersumbat
berpuasa juga dipercayai berupaya
mencegah penyakit Alzheimer, memperbaiki pembelajaran, memperbaiki memori,
memecah lemak dan mengurangkan keradangan.
Amalan
berpuasa dikatakan berupaya mencegah sel jantung dan otak dari kecederaan oleh
radikal bebas. Berpuasa juga meningkatkan Hormon Tumbesaran Manusia (Human
Growth Hormone). Hormon ini bertanggungjawab bagi pemuliharaan kesihatan, kecergasan dan melambatkan penuaan. Amalan berpuasa
juga mempercepat proses pemulihan bagi mereka yang mengalami strok dan serangan
jantung.
No comments:
Post a Comment